Tuesday, April 29, 2008

Pentadbir SMK Ayer Keroh

Pn. Hafshah bt. Muhammad
Pengetua
En. Razali b. Ali
GPK 1
Pn. Salmah bt. Abu Bakar
GPK HEM
En. Teo Kim Bee
GPK Ko-Kurikulum

Guru-Guru SMK Ayer Keroh

Kekuatan Sekolah

  • Binaan bangunan yang canggih dan tersendiri berasaskan Design & Build
  • Lokasi yang strategik berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas
  • Keputusan PMR terbaik kategori sekolah harian di kawasan Ayer Keroh
  • Pencapaian cemerlang dalam pelbagai pertandingan di peringkat kawasan dan negeri
  • Masalah disiplin yang rendah
  • Kadar kehadiran yang tinggi
  • Warga pendidik yang komited dan berpengalaman
  • Kerjasama yang erat daripada pihak PIBG, komuniti dan institusi pengajian tinggi yang berdekatan

Piagam Pelanggan

Dalam merealisasikan Visi Sekolah, maka kami dengan penuh iltizam berjanji akan melaksanakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut;

Kepada Pelajar;
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang dengan adil dan saksama untuk mencapai kecemerlangan diri.

Kepada Masyarakat;
Memberi layanan mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik ke arah peningkatan kecemerlangan pendidikan

Kepada Negara;
Sentiasa berusaha ke arah pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Dasar Kualiti

SMKAK percaya dan yakin bahawa:-

Sikap dan pemikiran yang profesional
Semangat bekerjasama berpasukan
Budaya kerja yang cekap, adil dan berhemah

Boleh memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat untuk memenuhi matlamat pendidikan negara.

Visi, Misi & Motto SMK Ayer Keroh

VISI SMKAK

SMKAK akan menjadi sekolah cemerlang di peringkat negeri Melaka menjelang tahun 2010

MISI SMKAK

Ke arah melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,
masyarakat dan negara.

MOTTO SEKOLAH

Kecemerlangan Tekad Kami

Sejarah SMK Ayer Keroh

SMK Ayer Keroh (SMKAK) telah mula beroperasi pada 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka. Lokasinya berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Negeri Melaka yang baru.

Tenaga pengajar SMKAK bermula dengan 17 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 52 orang guru dan 10 orang kakitangan bukan guru.

Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu, pada tahun 2008, bilangan pelajar meningkat sebanyak 714 orang dengan 28 buah kelas termasuk 2 buah kelas Pendidikan Khas.