Friday, July 17, 2009

MOTIVASI OLEH FABELL CASTELL




SYARIKAT FABEL CASTELL TELAH SUDI MEMBERI SATU CERAMAH MOTIVASI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 PADA 14..07.2009DI DEWAN BESAR.TERIMA KASIH KEPADA EN.RUDY DAN SYARIKAT FABELL CASTELL ATAS PROGRAM INI.PELAJAR-PELAJAR INI TELAH MENERIMA PEN,PENSEL DAN PEMADAM SEBAGAI HADIAH.

Thursday, July 16, 2009

LDP DI IPPM
















LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LDP)

Pada tahun 2009 ini SMK Ayer Keroh telah merancang untuk mengadakan sebanyak 6 kali LDP untuk guru-guru. Alhamdulillah 4 kali telah dijalankan dengan jayanya.Tujuan LDP ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru.Semoga ilmu dan kemahirn yang disampaikan akan dapat digunakan untuk sepanjang P & P dan juga membantu guru-guru. Terima Kasih kepada penceramah-penceramah yang telah memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada kami.Antara nya Pn.Saripah(P&P Berkesan) , En.Malek(E-disiplin) , En.Zakaria(Kajian Tindakan) dan En.Mustafar bersama pensyarah-pensyarah IT , IPPM.Terima kasih dan sabar ajelah dengan kerenah kami.Tapi tunjukajar tuan/puan akan kami ingati.

Friday, July 10, 2009

PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER










SMK Ayer Keroh telah menghantar permohonan untuk menjadi sekolah kluster pada bulan Mei yang lalu. Kebitaraan yang dipilih adalah SEJARAH WARISAN BANGSA dan Pasukan Bomba. Antara aktiviti yang telah ada untuk sejarah ialah seperti permainan tradisional dan juga adat istiadat persandingan melayu.